ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU
Prosedur
perkahwinan berdasarkan adat perkahwinan masyarakat Melayu adalah seperti di
bawah, iaitu:
MERISIK
Dilaksanakan
sekiranya seorang lelaki dan keluarganya telah menyukai anak gadis yang dipilih
oleh lelaki berkenaan. Adat merisik ini dilaksanakan untuk mengetahui atau
merisik berkenaan gadis tersebut sama ada sudah berpunya atau belum.
MEMINANG
Peminangan
ini berlaku sekiranya keluarga bagi kedua-dua belah pihak telah bersetuju
ketika dirisik. Meminang ini biasanya dilakukan oleh wakil kedua-dua belah
pihak. Perkara yang diputuskan ketika meminang ini ialah tarikh
menghantar tanda, perbincangan berkenaan hantaran belanja, persalinan dan
tempoh pertunangan.
MENGHANTAR
TANDA
Menghantar
tanda ini juga boleh dikatakan sebagai bertunang. Kebiasaannya, pihak lelaki
akan menghantar sebentuk cincin sebagai tanda, di mana cincin tersebut akan
disarungkan oleh ibu atau ibu saudara lelaki tersebut. Cincin berkenaan
disebutkan sebagai cincin tanda. Selain cincin, sebahagian daripada wang
hantaran belanja turut diserahkan ketika ini. Tarikh perkahwinan juga
akan dibincangkan oleh kedua-dua belah pihak ketika ini.
HANTAR
BELANJA
Hantar
belanja ini akan dilakukan pada tarikh yang ditetapkan oleh kedua-dua
belah pihak. Selain wang belanja, bunga rampai, sirih junjung atau tepak sirih,
buah-buahan turut dihantar sebagai hantaran.
MENJEMPUT
Wakil
kepada bakal pengantin akan berkunjung ke rumah orang-orang kampong untuk
memaklumkan perihal perkahwinan dengan membawa tepak sirih. Ia bertujuan untuk
meminta saudara dan sahabat datang ke rumah untuk mengelolakan majlis
perkahwinan.
NIKAH
Dilaksanakan
sebelum upacara berinai besar yang mana seorang imam akan mewakili wali
perempuan untuk menjadi jurunikah. Dalam upacara ini, mas kahwin,
hantaran dan beberapa perkara lain disebutkan. Upacara inilah yang mengesahkan
mereka sebagai suami isteri.
BERINAI
BESAR
Upacara
ini berlangsung di mana pasangan pengantin memakai pakaian pengantin dan
pengantin lelaki akan diarak ke rumah pengantin perempuan dengan rebana.
Upacara ini dimulakan dengan pengantin lelaki duduk atas pelamin terlebih
dahulu dan diikuti pengantin perempuan.
BERSANDING
Jamuan
besar-besaran diadakan di rumah pengantin perempuan dan pengantin lelaki yang
datang bersama rombongannya akan diarak dengan paluan kompang. Sekiranya
hantaran belum diberikan kepada pihak perempuan, ia akan dibawa ketika
bersanding.
JEMPUT
MENANTU
Pengantin
perempuan akan datang ke rumah pengantin lelaki beberapa hari atau sehari
selepas hari persandingan di rumah pengantin perempuan.
ADAT
MELENGGANG PERUT
Adat
melenggang perut ini juga digelar sebagai Kirim Perut atau Mandi Tian. Adat ini
dilaksanakan terhadap wanita yang hamil anak sulung iaitu ketika usia kandungan
mencapai tujuh bulan. Ia dilaksanaka bagi menolak bala dan dilaksanakan
sebelum makan tengahari kerana setelah tamat upacara, majlis ini akan
diteruskan dengan sedikit jamuan makan.
Peralatan
untuk upacara ini:
- · Tujuh
helai kain dengan tujuh warna berlainan
- · Segantang
beras
- · Sebiji
kelapa
- · Beberapa
urat benang mentah
- · Damar
- · Minyak
kelapa atau minyak urut
- · Lilin
- · Tepak
sirih yang lengkap isinya
- · Pengeras
sebanyak RM1.25
Pada
peringkat awal, bidan akan membaca jampi dan mengandam wanita yang hamil dengan
mencalitkan tepung tawar dan menabur beras kunyit. Adat mandi sintuk limau dan
air buyung dilaksanakan dengan menyelitkan sebiji telur pada bahagian perut.
Kemudian wanita hamil tersebut duduk di atas kerusi yang ditambat seekor
ayam. Air buyung yang disediakan dijiruskan ke badan dan telur tersebut
dilepaskan dengan kepercayaan bahawa ia memudahkan wanita tersebut bersalin.
Seterusnya, wanita tersebut akan mencermin muka dengan harapan anak akan
memiliki rupa paras yang cantik. Bidan akan membentangkan tujuh helai
kain batik dan ibu hamil akan dibaringkan seterusnya bidan akan mengurut
menggunakan minyak urut dan minyak kelapa. Setelah itu, bidan akan mengambil
sebiji kelapa dan digulingkan pada perut ibu hamil tersebut sebanyak tujuh kali.
Akhirnya, upacara ini ditutup dengan mengadakan kenduri makan tengah hari.
ILMU
JAMPI
Jampi
ialah susunan kata yang dipercayai dapat memberikan kesan terhadap perkara yang
dihajati seperti berupaya menyembuhkan penyakit dengan menggunakan bahan yang
dijampi dan disapukan pada tempat yang sakit.
Jampi dalam masyarakat Melayu diwarisi daripada
kepercayaan anisme dan Hindu, lalu dimasukkan unsur-unsur Islam. Oleh itu,
jampi dikatakan bercampur aduk dengan istilah-istilah Islam dengan
perkataan-perkataan yang sukar difahami maksudnya, tambahan pula tujuannya
menyimpang daripada kebaikan bahkan lebih kepada keseronokan diri. Jampi ini
dikatakan sebagai menyimpang daripada kebaikan kerana di dalam jampi terdapat unsur-unsur
syirik dan pemujaan kepada jin dan syaitan untuk mendapatkan pertolongan seperti
mentera pakaian diri, mentera pengasih, mentera pendinding, mentera kecantikan
dan sebagainya. Keberkesanan mantera jampi yang digunakan
berdasarkan hubungan antara makhluk dengan makhluk
Jenis
Jampi
a) Jampi
pakaian diri
- menjadikan
diri kuat dan kebal, manis dipandang dan dikasihi orang.
b) Pembantu
dalam pekerjaan
c) Perubatan
dan perbomohan
- Digunakan
oleh bomoh, pawang atau dukun untuk menyembuhkan serta mendatangkan
penyakit.
d) Kegunaan
dalam upacara
- Dikaitan dengan upacara istiadat seperti perkahwinan, pertabalan raja dan sebagainya.
ILMU
PENGASIH
Diamalkan oleh masyarakat Melayu untuk menjadikan pemakai
disayangi dan dikasihi orang lain. Ia biasanya digunakan oleh individu yang
ingin mencari pasangan atau memperoleh seseorang yang dihajatinya.
SUMBER: