IDEALISME
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,
idealisme bermaksud sifat melihat atau mencita-citakan sesuatu dalam bentuk
yang ideal (2010: 558). Menurut W.F Hocking pula, idealisme merupakan realiti
yang terdiri daripada idea-idea, fikiran-fikiran, akal (mind) atau
jiwa (selves) dan bukanlah kekuatan atau kebendaan.
Berdasarkan pendefinisian tersebut, jelas menunjukkan bahawa idealisme
memerlukan daya imaginasi yang tinggi dan kreatif untuk menghasilkan sesuatu
bentuk karya sastera. Sesebuah karya sastera, terutamanya karya agung pasti
memiliki ciri pemikiran tertentu yang juga disebut sebagai idealisme.
Seterusnya, idealisme yang akan dibincangkan dalam karya agung Melayu adalah
idealisme karya yang bersumberkan alam. Perbincangan berdasarkan idealisme yang
bersumberkan alam ini dapat dikategorikan kepada beberapa pecahan, misalnya
berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan, angkasa, sosialisasi dan sebagainya.
FALSAFAH
Bagi maksud falsafah pula, ia
dimaksudkan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu
yang tertinggi yang menjadi dasar kepada ilmu-ilmu yang lain (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2010: 406). Ilmu yang dimaksudkan tersebut adalah pengetahuan yang
amat luas kepada sesuatu bentuk hakikat yang mendasari kepada semua ilmu
berkaitan dengan hal tersebut. Bagi Hashim Hj. Musa pula, falsafah disifatkan
oleh beliau sebagai kajian secara renungan dan spekulatif terhadap punca,
keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia yang menjadi sari pati bagi
seluruh bidang pengetahuan manusia. Pentakrifan yang dibuat oleh tokoh Melayu
ini masih lagi berkisar mengenai cakupan keseluruhan ilmu dan bidang tentang
pengetahuan manusia.
FALSAFAH BERSUMBERKAN MELAYU
Kehidupan dalam masyarakat Melayu
adalah berasaskan kepada disiplin dan peraturan dan ia membuatkan penulis dalam
kalangan masyarakat Melayu menerapkan unsur berkenaan dalam karya agung mereka.
Konsep budi terbahagi kepada lima iaitu budi bahasa, budi pekerti, budi bicara,
hati budi dan akal budi. (Mohd Rashid Mohd Idris, 2011: 63).
SUMBER:
Mohd Rashid Md Idris (2012). Teori Falsafah Bahasa (Teori Rashid). Perak: Universiti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan