Definisi
“Melayu”
·
M. Ptolemy (
Geographike Sintaxis. ) - maleu-kolon
·
Kitab Hindu Purba
(Purana) - malaya-dvipa.
·
Catatan orang
China : kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan utusan ke negara China untuk
mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
·
Catatan rahib
Buddha (I-Tsing) - menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang
dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan
Kerajaan Sriwijaya di Palembang.
·
Catatan
kesusasteraan China - pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa
yang dituturkan penduduk di situ ialah bahasa K’un-lun.
·
Patung di Padang
Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” pada
bahagian belakangnya.
·
Sejarah Melayu -
perkataan Melayu merujuk kepada sebatang sungai (Sungai Melayu.)
Etimologi Melayu
·
Etimologi
bermaksud kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan
tersebut.
·
Malaya = “hima
alaya”. “Alaya” bermaksud “tempat” manakala “hima alaya”bermaksud “tempat
bersalji”.
·
Malayapura yang
bermaksud “kota Melayu” atau “kerajaan Melayu”.
·
Jawa kuno, “mlayu”
bermaksud “mengembara” atau “pergi ke mana-mana”.
·
Nama sebatang
sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu.
·
Van der Tuuk ,
perkataan Melayu bererti “menyeberang”, merujuk kepada orang Melayu menukar
agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam.
Definisi
“Melayu” berdasarkan Bangsa
Terdapat dua pengertian
terhadap bangsa Melayu iaitu pengertian luas dan sempit. Pengertian tersebut
dapat dihuraikan seperti berikut:
Pengertian “Melayu” luas
·
Istilah Melayu
merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat diSemenanjung Tanah
Melayu dan kawasan-kawasan gugusan kepulauan Melayu.
·
suku bangsa di
Semenanjung Tanah Melayu, termasuklah orang-orang Melayu di Thailand,
Indonesia, Filipina dan Madagaskar.
Pengertian “Melayu” sempit
Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam
pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai [12]:
1. Seorang yang beragama Islam
2. Bertutur bahasa Melayu
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu
(Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di
Persekutuan atau di Singapura.
Sasterawan negara
pernah melakarkan keperibadian orang melayu dalam sajaknya. Melalui sajak
tersebut kita dapat mengenali, siapakah Melayu? Marilah kita hayati dan kenali
orang Melayu.
"Melayu"
Usman Awang ~ 1992
Melayu itu orang
yang bijaksana
Nakalnya bersulam
jenaka
Budi bahasanya
tidak terkira
Kurang ajarnya
tetap santun
Jika menipu pun
masih bersopan
Bila mengampu
bijak beralas tangan.
Melayu itu berani
jika bersalah
Kecut takut kerana
benar,
Janji simpan di
perut
Selalu pecah di
mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah
Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga
disebut Melayu,
Minangkabau memang
Melayu,
Keturunan Acheh
adalah Melayu,
Jakun dan Sakai
asli Melayu,
Arab dan
Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari
serap ke Melayu
Malah muaalaf
bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu
pengembara lautan
Melorongkan jalur
sejarah zaman
Begitu luas daerah
sempadan
Sayangnya kini
segala kehilangan
Melayu itu kaya
falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi
bersulamkan daya
Gedung akal laut
bicara
Malangnya Melayu
itu kuat bersorak
Terlalu ghairah
pesta temasya
Sedangkan kampung
telah tergadai
Sawah sejalur
tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah
memiliki telaga
Tangan masih
memegang tali
Sedang orang
mencapai timba.
Berbuahlah pisang
tiga kali
Melayu itu masih
bermimpi
Walaupun sudah
mengenal universiti
Masih berdagang di
rumah sendiri.
Berkelahi cara
Melayu
Menikam dengan
pantun
Menyanggah dengan
senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan
menyembah
Meninggi bukan
melonjak.
Watak Melayu
menolak permusuhan
Setia dan sabar
tiada sempadan
Tapi jika marah
tak nampak telinga
Musuh dicari ke
lubang cacing
Tak dapat tanduk
telinga dijinjing
Maruah dan agama
dihina jangan
Hebat amuknya tak
kenal lawan
Berdamai cara
Melayu indah sekali
Silaturrahim hati
yang murni
Maaf diungkap
senantiasa bersahut
Tangan diulur
sentiasa bersambut
Luka pun tidak
lagi berparut
Baiknya hati
Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada
sanggup diberikan
Sehingga tercipta
sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi
ditanakkan
Suami pulang lapar
tak makan
Kera di hutan
disusu-susukan
Anak di pangkuan
mati kebuluran”
Bagaimanakah
Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk
tersipu-sipu?
Jangan takut
melanggar pantang
Jika pantang
menghalang kemajuan;
Jangan segan
menentang larangan
Jika yakin kepada
kebenaran;
Jangan malu
mengucapkan keyakinan
Jika percaya
kepada keadilan
Jadilah bangsa
yang bijaksana
Memegang tali
memegang timba
Memiliki ekonomi
mencipta budaya
Menjadi tuan di
negara Merdeka
SUMBER:
Harrizam (2013). Sajak untuk Orang Melayu. diperoleh pada April 30, 2013 di http://harrizam.blogspot.com/2013/04/sajak-untuk-orang-melayu.html
konsep melayu.diperolehi pada Mac 27,2013 di http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/05/asal-usul-bahasa-melayu.pdf
SUMBER:
Harrizam (2013). Sajak untuk Orang Melayu. diperoleh pada April 30, 2013 di http://harrizam.blogspot.com/2013/04/sajak-untuk-orang-melayu.html
konsep melayu.diperolehi pada Mac 27,2013 di http://mbsskl.edu.my/panitia_bm/files/2009/05/asal-usul-bahasa-melayu.pdf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan