Rabu, 22 Mei 2013

TOKOH KARYA AGUNG


TUN SRI LANANG


Tun Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Tun Sri Lanang merupakan Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II, Sultan Alauddin Riayat Shah III, dan Sultan Abdullah Ma’ayat Shah. Beliau dilahirkan di Seluyut pada tahun 1565. Beliau terlibat dalam perancangan menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan tahun 1606. Terdapat kaitan salasilah Raja Ahmad dengan Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang. Beliau menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis dan Acheh. Beliau menjadi utusan Johor ke Goa untuk berunding dengan Portugis pada tahun 1583. Beliau telah menyusun kitab Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) pada tahun 1612. Beliau juga bertanggungjawab dengan Admiral Matelief pada 23 September 1606 untuk mempertahankan Johor daripada serangan Acheh.
Di Aceh, Tun Seri Lanang dilantik menjadi Penasihat kepada Sultan Kerajaan Islam Aceh Darussalam, iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M) dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Tun Seri Lanang juga diangkat menjadi raja pertama Samalanga, yang terletak di pesisir timur Aceh. Pada tahun 1613 – 1659 Masihi dan terus memerintah selama 40 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1659 di Lancok Samalanga, Aceh. Di Aceh, Tun Seri Lanang bergelar Orang Kaya Dato’ Bendahara Seri Paduka Tun Seberang. Penobatan Tun Seri Lanang menjadi raja Samalanga mendapat dukungan rakyat, kerana di samping menjadi ahli dalam bidang pemerintahan, beliau juga mempunyai pengetahuan dalam ilmu agama. Sultan Iskandar Muda mengharapkan dengan sifat Tun Seri Lanang ini akan membantu pengembangan Islam di pesisir timur Aceh. Penentangan muncul dari beberapa tokoh masyarakat yang dipimpin oleh Hakim Peut Misei yang menginginkan kelompok mereka sendiri yang menjadi raja pertama Samalanga.
Tun Seri Lanang selalu berguru dengan ulama-ulama terkenal di Aceh, seperti Nurdin al-Raniri, Tun Acheh, Tun Burhat, Hamzah Fansuri, Syeikh Syamsuddin al-Sumatrani. Hubungannya yang rapat dengan Syeikh Nuruddin al-Raniri menarik kedua-duanya bertukar ilmu ajaran Islam yang dikuasai oleh Syeikh Nuruddin, dan bahasa serta sastera Melayu yang dikuasai oleh Tun Seri Lanang. Tun Sri Lanang dan Keluarganya diberi penghargaan khusus di Aceh. Di samping diangkat menjadi Raja di Samalanga dan daerah takluknya keluarganya juga diberi gelaran kebesaran dari jabatan oleh sultan. Makamnya masih kekal di daerah Kota Blang, Samalanga bersama-sama rumah pusaka peninggalannya. Ketokohan beliau sebagai wira, pemerintah dan tokoh cendekiawan Nusantara memberikan sumbangan yang besar kepada kerajaan Aceh, menukar Samalanga kepada pusat perkembangan dan pendidikan Islam di kawasan timur Aceh selari dengan perkembangan sastera hingga kini.




RAJA ALI HAJI


Raja Ali Haji merupakan seorang ulama, ahli sejarah serta tokoh yang terkenal dalam arena bahasa.  Nama sebenar beliau ialah Raja Ali Haji bin Raja Ahmad dan beliau dilahirkan pada tahun 1808 Masihi di pusat Kesultanan Riau-Lingga di Pulau Penyengat yang merupakan kawasan  pentadbiran keluarga beliau sendiri.  Menurut sejarah daripada masyarakat yang mendiami kawasan pulau tersebut, pulau ini merupakan kawasan di mana banyak karya sastera dan kebudayaan Melayu telah terhasil oleh tokoh Melayu yang telah wujud sepanjang abad ke-19 sehingga abad ke-20.  Tokoh tersebut termasuklah Raja Ahmad iaitu bapa Raja Ali Haji.  Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1873 Masihi di tempat lahir beliau sendiri iaitu di Pulau Penyengat dan disemadikan di kompleks makam ibunya iaitu Engku Putri Raja Hamidah.  Di sepanjang dinding bangunan makam beliau telah diabadikan karya beliau iaitu Gurindam Dua belas yang mana berupaya mengingatkan pengunjung yang melawat makam tersebut kepada beliau yang merupakan penulis yang hebat.
Minat beliau dalam bidang penulisan ini diwarisi oleh ayahanda beliau iaitu Raja Ahmad.  Raja Ahmad merupakan anak sulung kepada Raja Haji. Beliau sangat meminati bidang sejarah dan pernah menghasilkan sebuah karya berbentuk syair iaitu Syair Perang Johor yang menceritakan berkenan peperangan yang berlaku antara Kesultanan Johor dan Kesultanan Acheh pada abad ke-17.  Selain itu, bapa Raja Ali Haji juga pernah menyusun sebuah puisi berkenaan sejarah orang Bugis dan hubungannya dengan raja-raja Melayu.  Bakat dan minat menulis serta mengarang dalam diri Raja Ahmad ini telah diwarisi oleh Raja Ali Haji.  Hal ini demikian kerana sejak masih remaja, beliau telah mengikut ayahandanya menyertai ekspedisi dan menerokai segenap wilayah yang banyak memberikan pengalaman dan ilmu pengetahuan sehingga beliau menjadi penulis yang hebat. 
          Raja Ali Haji memiliki pengetahuan yang sangat luas dalam bidang agama Islam serta ilmu mentadbir.  Hal ini demikian kerana beliau rajin mempelajari ilmu agama daripada ulama tempatan dan luar negeri.  Memiliki ilmu pengetahuan yang banyak dalam bidang agama menjadikan beliau sebagai seorang guru agama dan bahasa Arab di kawasan petempatan beliau. Ramai anak muda tempatan mempelajari berkenaan ilmu agama dan bahasa Arab daripada beliau.  Beliau memiliki ilmu pentadbiran kerana sejak usia 20 tahun, beliau sudah diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab untuk menjaga hal ehwal kenegaraan.  Selain daripada kedua-dua ilmu tersebut, beliau juga memiliki ilmu dalam pelbagai bidang lain seperti bidang bahasa, sastera, sejarah serta undang-undang.
  
   
SUMBER:
Zulkarnainyani1977'weblog diperoleh pada April 25, 2013 daripada http://zulkarnainyani1977.wordpress.com/2008/05/02/biografi-raja-ali-haji/
Salam Sejarah diperoleh pada April 25, 2013 daripada http://sejarah2u.blogspot.com/2009/05/tun-sri-lanang.html

1 ulasan:

  1. How do you play casino games online? - DrmCD
    At this table, all casinos will have a limit to limit players over 충청북도 출장샵 the limit of $10, so 영천 출장마사지 we are not going 광명 출장안마 to make a 안산 출장안마 list 파주 출장샵 for you.

    BalasPadam